4’nû$yftFs? öNßgç/qãZã_ Ç`tã ÆìÅ_$ŸÒyJø9$# tbqããô‰tƒ öNåk®5u‘ $]ùöqyz $YèyJsÛur $£JÏBur öNßg»uZø%y—u‘ tbqà)ÏÿZムÇÊÏÈ
16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.
sebab-sebab yang memudahkan untuk bangun solat malam
1)jangan terlalu banyak makan kerana banyak makan akan menyebabkan banyak minum dan dan kalau banyak minum tetntu akan dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur. Dengan demikian akan terasa sangat berat baginya untuk bangun pada tengah malam.
2)hendaklah mengamalkan tidur siang walaupun sedikit, sebab perkara itu dapat menolong memudahkannya untuk bangun malam.
3)hendaklah mengetahui betapa besarnya keutamaan solat malam dengan memerhatikan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis yang bersangkutan dengan persoalan itu.
4)pengaruh paling utama sekali iaitu rasa cinta kepada Allah SWT, kuatnya keimanan dan keyakinan sewaktu mendirikan solat malam dan dapat bercakap-cakap dengan Allah secara terus dan lebih dekat. Jadi, tiada satu huruf pun dari yang diucapkan oleh bibirnya, melainkan dia merasa bahawa dia benar-benar bermunajat kepada Tuhannya.
*mutiara ihya' 'ulumuddin: IMAM AL-GHAZALI
*mutiara ihya' 'ulumuddin: IMAM AL-GHAZALI
No comments:
Post a Comment