jawab salam wajib...=)

SAHABAT SEPERJUANGANKU.....

Jika kalian melihatku membuat kemungkaran..
maka tegurlah daku dengan berhemah..
ku mohon..ku merayu sahabat....
mungkin di saat itu daku tidak menyedari perbuatanku....
"sesungguhnya iblis telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga ke akhirnya...
hingga bersama-sama menemani mereka di dalam NERAKA JAHANNAM..."
tegarkah kalian membiarkanku dicampak ke tempat penuh Azab itu????
ku memerlukan kalian untuk mengoreksi diri....
"sebenar-benar sahabat adalah mereka yang sentiasa menegur sahabatnya....."

yahudi laknatullah!!!

Monday, August 30, 2010

WAHAI SRIKANDI AGAMA.......

wahai mujahidah..
sapulah air matamu..
air matamu sangat berharga buatmu..
jangan kau gugurkan mutiara2 itu hanya kerana seorang lelaki...
jangan kau gugurkan air matamu hanya sakit hati sesama makhluk...
jangan ya ukhti..
jangan gugurkan ia hanya kerana perkara-perkara dunia yang fana ini..

wahai serikandi Islam...
gugurkanlah air matamu...
gugurkanlah mutiaramu yang jernih itu kerana takut akan dosa-dosamu...
gugurkanlah ia kerana takutkan azab allah...
gugurkanlah ia kerana memikirkan nasib ummat Islam...
gugurkanlah air matamu kerana gembira dengan jajnji2 Allah buat mujahidin agama...
gugurkanlah air matamu kerana bimbang Allah takkan lihat wajahmu di akhirat nanti..
gugurkanlah air matamu kerana ALLAH!
jangan sesekali kerana dunia pinjamana-Nya serta isinya.......
tiada erti buatmu wahai mujahidah Islam....

wahai srikandi pejuang agama Allah.....
dekatkan diri pada Penciptamu....
tiada yang lebih menenangkan hatimu selain Allah yang Maha Penyayang....
jangan kau kejar cinta lelaki...
jangan kau harap cinta dunia...
semua itu hanya memusnahkan dirimu.....
semua iu hanya membawa dirimu ke jalan kehinaan...
semua itu hanya membawa dirimu ke arah kelalaian....
carilah cinta yang mampu membawa kita ingat pada-Nya...
carilah cinta yang membawa kita lebih dekat pada-Nya...
kejarlah cinta Ilahi yang kekal abadi....
kumohon ya Allah....
limpahkanlah rasa cintaku dan sahabat2 seagamaku hanya pada-Mu....AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN...

Monday, August 16, 2010

Ya Allah...

Ya Allah kuatkan aku untuk terus istiqamah atas jalan-MU...
jadikan ujian ini sebagai kifarah dosaku Ya Rahim...
aku tak berdaya tempuhi segalanya bersendirian ya Allah...
kuatkan ruhku dengan ruh-Mu ya Alim...
damaikanlah hatiku yang sedang keresahan dan kebingungan ini ya Allah...
aku sedaya upaya menempuhi segalanya dengan berpegang pada tali-Mu ya Rahman...
tenangkan hatiku ya Allah..
biarlah aku kehilangan kawan dan segalanya di dunia ini..
tapi jangan biarkan aku kehilangan kasih-Mu ya Allah...
aku tak mahu dipandang mulia disisi makhluk-Mu..
aku hanya ingin dipandang oleh-Mu ya rabbi..........
ampuni dosaku........