jawab salam wajib...=)

SAHABAT SEPERJUANGANKU.....

Jika kalian melihatku membuat kemungkaran..
maka tegurlah daku dengan berhemah..
ku mohon..ku merayu sahabat....
mungkin di saat itu daku tidak menyedari perbuatanku....
"sesungguhnya iblis telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga ke akhirnya...
hingga bersama-sama menemani mereka di dalam NERAKA JAHANNAM..."
tegarkah kalian membiarkanku dicampak ke tempat penuh Azab itu????
ku memerlukan kalian untuk mengoreksi diri....
"sebenar-benar sahabat adalah mereka yang sentiasa menegur sahabatnya....."

yahudi laknatullah!!!

Tuesday, April 27, 2010

surat cinta dari-Nya

Al-QURAN...
kalam Allah..
surat cinta dari-Nya..
cerminan akhlak kekasih-Nya..
yang menjadi..
pembimbing hidupku..
penyuluh jalanku...
penawar hatiku...
ketenangan jiwaku..
meredakan amarahku..
penghibur dikala sepiku...
hakikatnya Allah...

JADIKAN AL-QURAN NOVEL HIDUPMU YANG DICIPTA DARI TUHAN YANG MENGARANG KISAH HIDUPMU

Sunday, April 25, 2010

~~~musafir cinta...meniti kesyahduan cinta-Nya~~~

"wamakaruwamakarallah wallahukhairulmakirin"
Ya Allah..
sememangnya Engkau merupakan sebaik-sebaik perancang...
aku bersyukur ya Allah..
Engkau masih memberi peluang pada sahabat2ku untuk terus menghirup udara-Mu....
Engkau masih memberi peluang pada sahabat2ku untuk terus beribadah pada-Mu....
Engkau masih memberi peluang pada sahabat2ku untuk berjuang di jalan-Mu...
sesungguhnya Engkau yang mengatur segalanya...
sesungguhnya Engkau yang menentukan segalanya...
sesungguhnya Engkau yang mengakhirkan segalanya...
Ya Allah...
kupohon pada-Mu...
agar mengurniakan pada sahabat2ku..
ketabahan..
kekuatan..
kecekalan..
ketenangan yang tiada tara...
tiada daya selain-Mu ya Allah.....
Syukran Allah...
WE LOVE YOU!!!

Saturday, April 24, 2010

~~BAHAGIA..^_^...~~

alhamdulillah..
da masuk hari baru..
nyawaku masih dipinjamkan oleh Allah padaku untuk terus beribadah pada-Nya..
Syukran Allah...
sedetik masa berlalu...
kuterfikir...
apa yang telah aku lakukan untukk Islam???
masihkah ada waktu bagiku untuk hari-hari mendatang???
masihkah Allah meminjamkan nyawa ini padaku???
tapi aku bahagia masih dapat mengenal Islam..
masih berada bersama-sama sahabat-sahabat yang dapat membantuku..
aku bahagia sekali ya Allah...
syukran Allah...

Thursday, April 22, 2010

soalan???

(fiqh ibadah : 22 Apr '10)

bhgn A:
1) setiap tahun akan timbul persoalan tentang permulaan 1 Ramadhan yang tidak sama dalam kalangan negara-negara umat Islam. Bincangkan pendapat ulama' tentang perbezaan ini beserta dalil mereka.

2) Zakat fitrah pada asalnya perlu dibayar dengan sejumlah tetentu makanan asasi tempatan. Huraikan keharusan menggantikannya dengan wang menurut pandangan ulama beserta dalil.

bhgn B:
1) Pada hari raya Aidil Adha, Ali dan George berpakat untuk melaksanakan ibadah korban seekor lembu atas semangat 1 Malaysia. Ali telah memberikan sebahagian daging korban itu sebagai upah manakala kulitnya disedekahkan kepada penyembelih. Ali juga turut menghidangkan gulai daging korban itu kepada Ah Meng kawan karibnya yang datang menziarahinya. Huraikan permasalahan ini.

2) Ketika Aminah kecil, Ibunya tidak berkemampuan untuk melakukan akikah untuknya. Setelah dewasa, Aminah telah melakukan akikah untuk dirinya dengan menjemput kawan-kawan sepejabat termasuk kawan yang bukan beragama Islam. Jelaskan hukum bagi situasi ini.

3) Ketika berburu, Ahmad telah memanah seekor burung. Burung itu jatuh dan terus mati. Beliau meneruskan perburuannya dengan menggunakan anjing untuk menangkap kijang. Bincangkan hukum kedua-dua situasi ini.

INILAH BENTUK SOALANKU HARI INI..MEMANG "MEMBERANGSANGKAN"...
PENING DI BUATNYA.. 

jangan tanya daku..

ALLAHUAKBAR

Wednesday, April 21, 2010

HAYATILAH...WAHAI WANITA..SELAMI...

ARE YOU READY!!!

saban waktu melalui ranjau hidup...
namun adakah sedar wahai sahabat2???
bilakah saatnya akhirat menjelma???
adakah telah masing2 telah mempersiapkan diri???
taubat macam mane???
huhuhuhu

Tuesday, April 20, 2010

I LOVE U!!!

hari ni dah berlalu satu paper...
opss..2 paper la..huhu..
baru habis 2 paper da nyay***..
nauzubillah..nyayuk pada benda sia2 tak mengapa..
jangan dalam soal ibadah...
pagi exam English..petang exam Arab..
mau pecah kepala di buatnya..huhu
walau pe pun..
Syukran Allah..
bagi peluang padaku..
I LOVE U!!!
syahdunya....

Monday, April 19, 2010

ASTAGHFIRULLAH

ZIKIRLAH KAMU DI WAKTU PAGI DAN PETANG..SETIAP SAAT...

EXAMINATION....IMTIHAN......

MENJELANG HARI EXAM...
Waktu nak tidur... 
>>> Ambil WUDHUK
>>> Pakaian bersih
>>> Baca SURAH AL-MULK ayat 14(7x) dan niatkan supaya ditunjukkan perkara penting dalam exam, nak mudah faham dan hafal....
>>> Baca SURAH AL-ANBIYA' ayat 79
>>> Lepas baca Al-Fatihah 7x, zikir Ya Qawi (Maha Kuat) 41x, Ya Matin (Maha Sempurna Kuat) 41x...
BITTAUFIQ WANNAJAH...

Sunday, April 18, 2010

SAHABAT....

"Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amran-amaran ALLAH..
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan TARBIAH PENCIPTA..
Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan ALLAH dan PESURUHNYA.. Jika antara kita ada tembok yang memisah, ajaklah aku meleraikannya segera..
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah..
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa..
Dan kuharap kita akan bersama melihat wajah ILAHI.."

INSAFI DIRI......ASTAGHFIRULLAH....

Saturday, April 17, 2010

nukilan hati..

salam mesra buat sahabat2 seIslamku....
entah kenapa hati ini sedih semenjak akhir-akhir ini..
aku selalu termenung..
memikirkan masa silamku..
memikirkan apa yang sedang berlaku..
memikirkan masa depanku...
mungkin bagi sesetengah manusia berpendapat dan berkata..
"Alaaa...biasala tu...setiap orang ada ujian sendiri.."..bla..bla..bla..
namun pada petang yang hening ini...
dengan ditemani dentuman guruh..
Allah memberiku kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...
lancar saja jari jemariku ini menaip patah demi patah kalimah yang menyerang jiwaku saat ini..
memang ku tak menafikan bahawa Allah tidak akan menerima seseorang hamba yang mengaku cinta pada-Nya begitu sahaja tanpa di uji terlebih dahulu keimanannya...
aku seorang manusia yang lemah..
mungkin pada sesetengah sahabat melihatku cukup segalanya..
aku sama sekali tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini,
aku kepingin meluah rasa hatiku pada sahabat2..
namun niatku sering terhalang disebabkan diriku sendiri,
jiwaku meronta-ronta ingin meraung pada dunia betapa keliru dan serabutnya jiwa ini..
tapi aku telah di 'set mind'-kan sejak dahulu oleh diri sendiri bukan 'parent' mahupun sahabat2...
aku sering berpendapat jika aku menceritakan masalahku pada orang lain,
orang pasti akan bosan mendengar luahanku yang tak seberapa. yang mana hanya diriku sahaja yang merasakan berat...
orang pun ada masalah masing2..
ada taklifan masing2...
takkan hanya masalahku ini akan dipandang serius?
akan di beri perhatian?
tentu sekali tidak...
aku juga berpendapat,
jika aku berjaya meluahkan pada manusia yang banyak ini,
aku tidak akan puas....
jiwaku tetap tidak akan tenang...
dan dalam mencari punca kekusutan dalam diriku..
aku menemui sesuatu..
yang pasti akan mendengar luahan hatiku ini...
yang pasti akan menimbulkan ketenangan dalam urat sarafku....
kelegaan pada jiwaku yang kering...
rohaniku yang tercemar dengan segala maksiat dunia...
yang pasti tidak akan menyia2kan diriku..
yang pasti akan mendengar setiap luahan hatiku..
yang pasti akan sering merindui luahanku...
pada setiap waktu..setiap saat..
aku sedar bahawa tiada siapa yang mampu menggantikan tempat-Nya...
yang menciptakan sesusuk tubuhku...
dari setitis air mani melalui proses kehidupan semenjak azali..dicampak ke rahim bonda..
dilahirkan ke dunia dengan penuh jerih ibu bapa membesarkan ku..
walau kasih ibu tidak dapat kukecapi semahunya..
tetapi Dia tetap mengasihiku..
Dia menggantikan ibuku dengan ibu yang baru..
yang tetap sabar menjaga aku serta yang lain dengan kesabaran yang tinggi....
walaupun tidak melahirkan..
namun...
atas kehendak Yang Maha Mengasihani..
Aku tetap dilayan seperti anak kandungnya..
sabar melayan kerenah aku dan yang lain...
tapi manusia memang tidak tahu erti syukur..
aku telah membuatnya menitiskan air mata...
begitu kejamnya diri ini...
aku sering menangis sendirian kerana merasakan tidak mendapat secukupnya kasih sayang seorang ibu....
padahal dia telah memberikan yang sebaiknya demi membesarkan aku serta yang lain...
aku sering tidak menghiraukan bagaimana perasaannya...
jahatnya aku..
tidak pernah ku meluahkan masalahku padanya mahupun sesiapa dalam keluargaku..
sahabat2??
ha segelintir dan bukan sepenuhnya....
kerana aku merasakan tiadalah yang selayaknya untukku meluah rasa melainkan pada-Nya....
ALLAH yang menciptaku..
ALLAH yang mengatur jalan hidupku...
ALLAH yang mengetahui tentang diriku melebihi diriku sendiri...
ALLAH yang dekat padaku melebihi urat saraf dalam tubuhku...
ALLAH yang sentiasa merindui rintihanku saban malam...saban waktu...
ALLAH yang akan menetukan kemana halatuju diriku di Padang Mahsyar nanti...
ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku...
tiada yang mampu menandingi-Nya dalam diriku ini..
Ya Rahman...
Aku tahu apa yang melanda diriku ketika ini....
aku telah lalai mengingati-Mu...
Engkau menyayangi diriku..
Engkau telah menyedarkanku..
jiwaku sering berkeluh kesah..
bukan disebabkan dunia yang fana ini..
tetapi kerana hati in telah dipenuhi tompok2 hitam..
yang kelam....
yang busuk...
yang menjijikkan aku...
Ya Ghaffar..
ampunilah dosaku..
ampuni hamba-Mu ini Ya Rahim......
aku merayu pada-Mu Ya Allah..
sesungguhnya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik...
Engkaulah Tuhan Yang Agung....
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.........
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.........
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.........
Syahdunya kasih-Mu.......