jawab salam wajib...=)

SAHABAT SEPERJUANGANKU.....

Jika kalian melihatku membuat kemungkaran..
maka tegurlah daku dengan berhemah..
ku mohon..ku merayu sahabat....
mungkin di saat itu daku tidak menyedari perbuatanku....
"sesungguhnya iblis telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga ke akhirnya...
hingga bersama-sama menemani mereka di dalam NERAKA JAHANNAM..."
tegarkah kalian membiarkanku dicampak ke tempat penuh Azab itu????
ku memerlukan kalian untuk mengoreksi diri....
"sebenar-benar sahabat adalah mereka yang sentiasa menegur sahabatnya....."

yahudi laknatullah!!!

Friday, July 30, 2010

DOSA SENTIASA MENGEKORI....SYAITAN SENTIASA BERUSAHA...



entah kali ke berapa sudah aku begini....
ya Allah...
mengapa aku sering tersasar dari jalan-Mu...
mengapa aku sering hanyut dalam lautan duniawi-Mu...
ya allah..
aku semakin jauh dari nur hidayah-Mu...
masihkah ada pintu taubat untuk diri yang teramat hina ini????
masihkah Enkau redhai aku tinggal di bumi ini?????
masihkah ada ruang di bumi ini untuk hamba yang hina sepertiku ya Allah.....
aku sering ingin melarikan diri dari dosa-dosa..
tapi seketika itu juga aku tersungkur....
aku tersungkur dalam kegelapan dosaku ya Rahim....
hati kecilku menjerit ya Fatahhhhh.....
mana pintu hidayah-Mu.....
aku takut ya 'Azim....
takut pada peringatan azab-Mu yang nyata.....
sinarilah daku dengan hidayah-Mu yang suci itu ya Allah..
ahhh..betapa nikmatnya jika aku dapat kecapi hidayah-Mu itu...
betapa beruntungnya diriku di saat itu....
ketenangan yang tiada tara menyerap...
menyentak seluruh urat sarafku ya Rahman....
tapi.....
benakku sering tertanya-tanya....
adakah semua itu dapat kukecapi???
dengan segala amalanku yang sedikit...
yang penuh dengan penyelewengan.....
ALLAHUMMA YA LATIFF.....

Thursday, July 29, 2010

JOM BERAMAL....




4nû$yftFs? öNßgç/qãZã_ Ç`tã ÆìÅ_$ŸÒyJø9$# tbqããôtƒ öNåk®5u $]ùöqyz $YèyJsÛur $£JÏBur öNßg»uZø%yu tbqà)ÏÿZムÇÊÏÈ  


16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.



sebab-sebab yang memudahkan untuk bangun solat malam

1)jangan terlalu banyak makan kerana banyak makan akan menyebabkan banyak minum dan dan kalau banyak minum tetntu akan dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur. Dengan demikian akan terasa sangat berat baginya untuk bangun pada tengah malam.

2)hendaklah mengamalkan tidur siang walaupun sedikit, sebab perkara itu dapat menolong memudahkannya untuk bangun malam.

3)hendaklah mengetahui betapa besarnya keutamaan solat malam dengan memerhatikan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis yang bersangkutan dengan persoalan itu.

4)pengaruh paling utama sekali iaitu rasa cinta kepada Allah SWT, kuatnya keimanan dan keyakinan sewaktu mendirikan solat malam dan dapat bercakap-cakap dengan Allah secara terus dan lebih dekat. Jadi, tiada satu huruf pun dari yang diucapkan oleh bibirnya, melainkan dia merasa bahawa dia benar-benar bermunajat kepada Tuhannya.


*mutiara ihya' 'ulumuddin: IMAM AL-GHAZALI





Monday, July 19, 2010

erti hidup dengan memberi

hidup tak kan indah jika kita sentiasa menerima pemberian orang....
hidup takkan ceria jika kita asyik memikirkan orang lain banyak berbakti pada Agama....
hidup takkan tenang jika kita tidak memberi masa kita pada Sang Pencipta kita....

kita hidup perlu sentiasa memberi....
bukan selalu menerima....

kita hidup perlu sentiasa bersyukur....
bukan selalu protes....

kita hidup perlu selalu senyum....
walau dalam kecelakaan....

kita hidup perlu sentiasa husnuzhon dengan qadar....
bukan selalu su'zhon dengan apa yang berlaku dalam hidup....

inilah kehidupan....
jika kita murung...
semuanya tidak menjadi....

jika kita tenang...
insyaAllah semuanya lancar....

jangan kita selalu meminta pada makhluk...
mintalah pada Allah...

berikan waktu lapangmu pada yang Merinduimu....
berikan hartamu pada yang memerlukan...

jika kamu ikhlas dalam memberi....
hatimu pasti tenang walau masalah sebesar gunung menimpa pundakmu...
yakinlah pada janji2 Allah...
sesiapa yang sabar dalam menempuhi ujian-Nya..
akan diberikan ganjaran yang teramat indah....

jika temanmu mengadu penat dan letih..
hembuskan semangat di hatinya dengan....
janji2 Allah...
pahit di dunia....manis di Syurga....

"PENAT DI DUNIA...INSYAALLAH GANJARAN SYURGA MENANTI DI NEGERI SANA......"

Wednesday, July 7, 2010

bermulanya episod baru dalam kehidupan.....

bismillah walhamdulillah....
tepat jam 7.45 petang usai jugak mengemas rumah dan bilik baru di kolej bersama rumet baru..^_^
semoga kami dapat membina persahabatan dengan baik dan diberkati Allah..ameen....^_~
erm...
setakat ni dululah...
nanti sambung...
banyak lagi kerja2 yang menunggu...
~~ingat Allah selalu.....n_n~~

4.37 pm (11/07/2010)
- ngantuk sangat2...tapi tak nak tido...hurm..
- kemareng (10/7/2010), selesai kem di ulum yam, selangor..
Alhamdulillah...seronok jadi peserta...aktiviti semua best...syukran pada sesiapa yang erlibat dalam menjayakan kem RPA...memang seronok...
-pagi hari ini (11/7/2010)...handle adik2 sekolah rendah dalam Quranic Group memang seronok...^_^
-ya Allah..berikanku kekuatan.....barang2 tak angkut lagi dari blok A KZ ke blok E KAB...dari hujung dunia ke hujung dunia tuh....semoga diberi kesabaran mangangkut barang-barang nanti...MALAS sebenarnyerr..huhu...
- saat yang ditunggu2 bakal menjelma esok...asigment menanti....bas2 menanti...sem 3 yang penuh debaran..

Saturday, July 3, 2010

sifat-sifat wanita solehah

* sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. tandanya ialah dia sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.

* sentiasa mengutamakan amalan-amalan yang boleh membantu menegakkan agama Allah.

* sentiasa membantu perjuangan kaum lelaki dalam menegakkan agama Allah, membela kebenaran dan bertakwa. Bukan menjadikan lelaki sebagai kuda untuk mencapai dan memenuhi tuntutan nafsu, merosakkan agama dan menyuburkan kemungkaran.

* berbuat baik kepada ibu bapa.

*sentiasa menderma dan meninfak ke jalan Allah dan jalan kebajikan. Contoh peribadi wanita demikian ialah isteri Rasulullah SAW, Saidatina Siti Khadihah r.a.

* sentiasa berbaik-baik dan menyenangkan hati jiran.

* tidak pernah berdua-duaan (berkhalwat) bersama lelaki ajnabi dan bukan mahram.

* tidak berhias (bersolek) menyerupai wanita jahiliah seperti mewarnai dan mengerinting rambut, mengecat kuku, membuat tahi lalat palsu, memakai gelang kaki dan sebagainya.

* menutup aurat. Tidak boleh mendedahkan aurat dan tidak mempamerkan kecantikan untuk tontonan lelaki ajnabi (bukan mahram) ketika keluar rumah.

* tidak keluar rumah bersendirian tanpa ditemani suami atau mahram atau ditemani dua wanita yang baik.

* menjaga akhlak di rumah dan di luar rumah.

* sifat dan tingkahlaku menyenangkan hati suami.

* sentiasa melayani suami dengan kemesraan atau menyambut suami dengan layanan yang menyenangkan hati suami.

* tidak keluar rumah tanpa izin suami. Kalau keluar rumah cuma dengan izin suami kerana ada keperluan yang diluluskan syariat serta keadaan menutup aurat dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah.

AL-MA’THURAT

Abdullah bin Busr r.a berkata, seorang bertanya,
“Ya Rasulullah, syariat Islam banyak kebaikannya. Maka ajarkanlah kepada saya sesuatu yang akan saya pegang untuk menjaga diri dengan baik.” Jawab Nabi,”Hendaklah lidahmu sentiasa basah basah berzikir pada Allah.”
                                                               (Riwayat al-Tirmizi)


Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi S.A.W, dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-kalimuttayib:

“Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.”