jawab salam wajib...=)

SAHABAT SEPERJUANGANKU.....

Jika kalian melihatku membuat kemungkaran..
maka tegurlah daku dengan berhemah..
ku mohon..ku merayu sahabat....
mungkin di saat itu daku tidak menyedari perbuatanku....
"sesungguhnya iblis telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga ke akhirnya...
hingga bersama-sama menemani mereka di dalam NERAKA JAHANNAM..."
tegarkah kalian membiarkanku dicampak ke tempat penuh Azab itu????
ku memerlukan kalian untuk mengoreksi diri....
"sebenar-benar sahabat adalah mereka yang sentiasa menegur sahabatnya....."

yahudi laknatullah!!!

Saturday, July 3, 2010

sifat-sifat wanita solehah

* sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. tandanya ialah dia sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.

* sentiasa mengutamakan amalan-amalan yang boleh membantu menegakkan agama Allah.

* sentiasa membantu perjuangan kaum lelaki dalam menegakkan agama Allah, membela kebenaran dan bertakwa. Bukan menjadikan lelaki sebagai kuda untuk mencapai dan memenuhi tuntutan nafsu, merosakkan agama dan menyuburkan kemungkaran.

* berbuat baik kepada ibu bapa.

*sentiasa menderma dan meninfak ke jalan Allah dan jalan kebajikan. Contoh peribadi wanita demikian ialah isteri Rasulullah SAW, Saidatina Siti Khadihah r.a.

* sentiasa berbaik-baik dan menyenangkan hati jiran.

* tidak pernah berdua-duaan (berkhalwat) bersama lelaki ajnabi dan bukan mahram.

* tidak berhias (bersolek) menyerupai wanita jahiliah seperti mewarnai dan mengerinting rambut, mengecat kuku, membuat tahi lalat palsu, memakai gelang kaki dan sebagainya.

* menutup aurat. Tidak boleh mendedahkan aurat dan tidak mempamerkan kecantikan untuk tontonan lelaki ajnabi (bukan mahram) ketika keluar rumah.

* tidak keluar rumah bersendirian tanpa ditemani suami atau mahram atau ditemani dua wanita yang baik.

* menjaga akhlak di rumah dan di luar rumah.

* sifat dan tingkahlaku menyenangkan hati suami.

* sentiasa melayani suami dengan kemesraan atau menyambut suami dengan layanan yang menyenangkan hati suami.

* tidak keluar rumah tanpa izin suami. Kalau keluar rumah cuma dengan izin suami kerana ada keperluan yang diluluskan syariat serta keadaan menutup aurat dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah.

No comments:

Post a Comment